January 07, 2014

Pengalaman Bersalin di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi (Part 1)

Salam~

Kali ni nak kongsi pengalaman aku bersalin kat Hospital An-Nur Bangi.
Actually before bersalin kat sini, aku banyak gak survey hospital lain.
Tapi aku pilih Hospital An-Nur kerana beberapa sebab.

Yang pertama, harganya tidak terlalu mahal.
Yang kedua, dekat dengan rumah aku.
Yang ketiga, memang aku mencari hospital untuk bersalin yang ada ciri ciri Islamic.
Yang keempat, aku nakkan doctor perempuan. (penting nih sbb ai kan pemalu.. hehe)

So setelah berbincang dengan Mojo, so kitorang decide untuk pilih An-Nur.

Monthly checkup aku buat kat dua tempat.
6 bulan pertama, aku checkup di Poliklinik UKM Bangi dengan doctor Fadzilah.
Best giler doctor ni. Explanation dia memang puas hati dan dia sangat sabar melayan banyak giler pertanyaan Mojo. haha...
Mojo memang suka mengkaji and ambik tau semua pasal pregnancy aku. Sepanjang aku mengandung, Mojo tak penah terlepas untuk follow aku buat checkup.
Dia sentiasa ada kat sisi aku. Aku beruntung sebab Mojo memang betul ambil berat pasal aku.

Masuk je bulan ke 6, aku dh start buat monthly checkup kat An-Nur.
Asalnya nak buat 3 kali checkup je utk melayakkan diri dapat harga pakej bersalin.
Tetapi aku ade masalah kesihatan sikit. HB aku terlalu rendah.
So terpaksa teruskan checkup kat An-Nur je.
Tapi checkup kat Poliklinik UKM pun aku masih teruskan.
Aku selang seli checkup antara Poliklinik UKM dengan An-Nur untuk penjimatan. hehe..

Kat An-Nur aku pilih Doctor Khamsiah.
Aku rasa aku membuat pilihan yang tepat memilih Doc Khamsiah.
Memang puas hati sangat dengan servis Doc Khamsiah ni.
Sampai aku cakap kat Mojo if ade rezeki untuk anak kedua, aku nak Doc Khamsiah gak. hehe...

28/03/2013...
Mak aku dah sampai sehari awal untuk teman aku kat rumah. Actually date 28hb ni ialah hari EDD aku. Mojo pegi keje macam biasa pagi tu. Dalam pukul 11 tengah hari macam tu tetiba aku rasa nak terkencing. Pastu aku perasan ade tompok coklat kat panties aku. Tp sikit gler tompok tu. Macam ade takde je.. hehe..
Aku trus tanya mak aku. Mak aku lak terus gelabah macam aku dah nak beranak masa tu jugak.. haha..
Mak aku terus klam kabut mandi konon macam nak rushing pegi spital.. sampai cari towel pun tak jumpa.. kekekeke...
Aku lak rasa macam confuse macam betul ke aku dah nak beranak nih.. yela sebab aku tak rasa sakit pun..
Pastu aku call spital An-Nur tanya if aku perlu pergi ke tak. Nurse yang pickup phone aku terus menjerit cemas suruh aku ke spital secepat mungkin.
Pastu aku trus call Mojo untuk inform yang ade tompok coklat kat panties aku.
Mojo yang gelabah terus kelam kabut balik rumah nak bawak aku gi spital. Pastu boleh pulak dia pegi inform mentua aku yang aku tumpah darah. Kat kawan kawan rapat pun dia inform tumpah darah.
Actually dia nak mention turun darah tapi gelabah punya pasal terus jadi tumpah darah. hahaha...

Tengah hari tu aku, mojo dengan mak pegi spital. Tak lama lepas tu mama pun sampai gak. Aku terus direfer masuk ke bilik bersalin untuk check bukaan.
Bukaan aku dah 2 cm rupanya. Aku mintak untuk balik rumah dulu tapi tak dibenarkan sebab dah turun darah dan bukaan dah 2cm.
So kenala check in dulu.

Mula mula aku amek bilik twin sharing tapi kemudian tukar ke single room sebab Mojo nak stay dengan aku.
Sepanjang aku stay kat ward, aku tak rasa sakit langsung. Contraction pun tak rasa langsung, so aku ingat maybe bukaan masih lagi 2cm.

Rupanya tekaan aku salah...

*bersambung ke Part 2

January 03, 2014

Random #1

Kadang-kadang rasa pelik.
Tak paham dengan perangai manusia ni.
Bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Asalkan dapat capai tujuan.

Sanggup bercakap apa saja walaupun tak ada logiknya.

Jangan ingat aku bodoh.
Aku masih tahu menilai walaupun nampak seperti aku buat tak kisah.
Jangan pijak aku sesuka hati.
Diam aku bukan bermaksud aku setuju.
Bukan bermaksud aku tak peduli.
Tapi aku diam sebab aku takmau jadi golongan pendusta macam kau.

Bye~

December 17, 2013

Catatan ringkas sepanjang 3 tahun menyepi

Salam~

Banyak yg berlaku sepanjang 3 tahun ni...

Dari student bertukar kepada alam perkerjaan.
Dari bujang bertukar kepada title bini orang.
Kemudian bertukar jadi mak orang.
Dah bertukar 3 kali tempat kerja.
Banyak betul pengalaman hidup.
Pengalaman yang mendewasakan.


2010..
Abes je belajar trus start keje sebab masa final week lagi dah dapat offer keje.
Before start keje sempat lagi pegi jalan jalan ke Jakarta & Bandung.
Pergi sorang diri tapi kat sana dah ade family yang join vacation ni.
Kemudian start keje keesokan hari selepas balik dari Indonesia. Letih giler rasa masa hari pertama keje.. huhu..

2011..
Masuk je tahun baru, trus tukar tittle.. 1-1-11 merupakan detik yang paling indah.. Menjadi kepunyaan sepenuhnya kepada Mojo.
Tahun yang sama gak aku bertukar ke keje yang baru.
Memasuki alam penasihat pelaburan (kononnya).. hehe..
Tahun yang sama aku disahkan pregnant. Ingat lagi kenangan masa awal pregnancy, Mojo menjerit dalam klinik masa tau aku pregnant. Pastu trus gi botak kepala. Happy betul dia masa tu.

2012..
Seminggu sebelum bersalin, aku resign. So bermula la jawatan baru aku sebagai fulltime housewife selama 9 bulan.
29/3/2013 merupakan detik yang paling bahagia untuk aku dan Mojo bila cinta pertama kami dilahirkan. Diberi nama "Cahaya Kasih Baiduri".
Syukur alhamdulillah aku bersalin normal tanpa sebarang bantuan dari "dadah". heee... (nanti aku akan cerita pengalaman bersalin kat next entry)

2013..
Pada 2/1/2013 aku kembali bekerja. Rasa sangat sedih sebab terpaksa berpisah dengan Cahaya. Tapi gembira dengan jawatan baru aku ni.
Tahun ni jugak Cahaya kena warded sampai 2 kali.
Aku pun kena warded gak selama seminggu. Traumaaa... huhu..

So itula ringkasan serba sedikit selama 3 tahun aku menghilang. Rasa sunyi lak bila lama tak update blog ni.
At least aku bole bercerita kat sini.
Hopefully pasni akan sentiasa ada kerajinan untuk selalu menulis.

Bye~

December 16, 2013

Aduhai~

Adoilaaa...

Baru je update blog ni. Konon konon nak tukar layout.. skali hamek ko..
Semua pic hilang, setting lari.. uwaaa...

Takpe takpe..
Think positive.. itu semua untuk kebaikan..
 Maybe dah tak sesuai semua pic tu ada kat blog ni.. huhu..

Bye~

Welcome Back!!!

Welcome back to myself!!!

Lamanya tinggalkan blog ni. Dah usang pun. Semak samun pun dah tebal. hehe..

Banyak yg berlaku selama ni.
Dah kawen.
Dah ade anak.
Penah jadi fulltime housewife.
Dah kembali bekerja.
Mungkin akan kembali menjadi housewife semula.

Actually password blog ni pun dah lupa.. hewhewhew..

Nak create post pun dah lupa. Pendek kata semua dah lupa.
Memang nak kena refresh balik otak ni.

Ni just permulaan untuk kembali menulis. Hopefully akan berterusan menulis.
Banyak isi hati yang nak diluahkan. hehe..

Rasanya perlu belajar untuk update blog guna mobile.
Macam mana eh??
Hmmm.. takpe2.. kita cari pelan pelan..

So thats all for now.
Nanti kita cerita macam-macam lagi.

Bye~

April 23, 2010

Award...


Baru pasan ada award ni.. ni pun pas tgk kat shout box..
Walaupun blog aku ni idup segan mati tak mau..hehe!! aku tetap appreciate apa org bg kan..
So meh kita tempek.. :p

STEP 1: PUT THIS PICTURE IN YOUR BLOG


STEP 2: THANKS THE ONE WHO GAVE TO U

Award ni mundok bagi kat aku.. dulu jiran aku nih..blajar kat mmu gak cuma fakulti je lain. apesal ko kasi award ni kat aku ek.. adakah sbb aku yg beautiful or blog aku ni yg beautiful.. :p
Walaupun aku rasa mcm pelik je tp aku trima gak la dgn berbesar ati.. hehe!!
So tengkiu so much yer..



STEP 3: GIVE TO 15 OTHER FRIENDS
Aku bg kat suma la award ni. Sesape yg rasa nak buat, sila la buat.. :D



STEP 4: SEVEN THINGS ABOUT U
  1. Last semester as a student.... hopefully
  2. Anak bongsu
  3. Baru separuh kepunyaan Mr.Mojo sbb baru tunang, blom kawen lg.. so separuh jer.. hehe!!
  4. Suka minum air kosong je.. pegi mana pun air kosong tetap di hati.. bukan sebab aku "diet" pokek ek.
  5. Ada kucing comel yg suke berebut nk tido atas katil gak.. nama "Grace".
  6. Suke tidooo... hehe!!
  7. Yg penting, aku dh dpt kejeee... yeahhh!!! Tak sabar nk final exam sbb tak sabar nk keje, nk pegang duit sendri..

Ok..done!!

Sawang....

Dah lama tak update blog ni... sawang dh tahap maksimum dh.. dh 4 bln takde update pape pun.. konon last entry ckp nk warming up la konon tp habuk pun tarak.. hehe!!

Banyak entry dok dalam draft jer.. so dh malas nk publish dah sbb rasa mcm cite dah basi.. huhu!!
Nantila kalo rajin, aku update lg..