December 17, 2013

Catatan ringkas sepanjang 3 tahun menyepi

Salam~

Banyak yg berlaku sepanjang 3 tahun ni...

Dari student bertukar kepada alam perkerjaan.
Dari bujang bertukar kepada title bini orang.
Kemudian bertukar jadi mak orang.
Dah bertukar 3 kali tempat kerja.
Banyak betul pengalaman hidup.
Pengalaman yang mendewasakan.


2010..
Abes je belajar trus start keje sebab masa final week lagi dah dapat offer keje.
Before start keje sempat lagi pegi jalan jalan ke Jakarta & Bandung.
Pergi sorang diri tapi kat sana dah ade family yang join vacation ni.
Kemudian start keje keesokan hari selepas balik dari Indonesia. Letih giler rasa masa hari pertama keje.. huhu..

2011..
Masuk je tahun baru, trus tukar tittle.. 1-1-11 merupakan detik yang paling indah.. Menjadi kepunyaan sepenuhnya kepada Mojo.
Tahun yang sama gak aku bertukar ke keje yang baru.
Memasuki alam penasihat pelaburan (kononnya).. hehe..
Tahun yang sama aku disahkan pregnant. Ingat lagi kenangan masa awal pregnancy, Mojo menjerit dalam klinik masa tau aku pregnant. Pastu trus gi botak kepala. Happy betul dia masa tu.

2012..
Seminggu sebelum bersalin, aku resign. So bermula la jawatan baru aku sebagai fulltime housewife selama 9 bulan.
29/3/2013 merupakan detik yang paling bahagia untuk aku dan Mojo bila cinta pertama kami dilahirkan. Diberi nama "Cahaya Kasih Baiduri".
Syukur alhamdulillah aku bersalin normal tanpa sebarang bantuan dari "dadah". heee... (nanti aku akan cerita pengalaman bersalin kat next entry)

2013..
Pada 2/1/2013 aku kembali bekerja. Rasa sangat sedih sebab terpaksa berpisah dengan Cahaya. Tapi gembira dengan jawatan baru aku ni.
Tahun ni jugak Cahaya kena warded sampai 2 kali.
Aku pun kena warded gak selama seminggu. Traumaaa... huhu..

So itula ringkasan serba sedikit selama 3 tahun aku menghilang. Rasa sunyi lak bila lama tak update blog ni.
At least aku bole bercerita kat sini.
Hopefully pasni akan sentiasa ada kerajinan untuk selalu menulis.

Bye~

December 16, 2013

Aduhai~

Adoilaaa...

Baru je update blog ni. Konon konon nak tukar layout.. skali hamek ko..
Semua pic hilang, setting lari.. uwaaa...

Takpe takpe..
Think positive.. itu semua untuk kebaikan..
 Maybe dah tak sesuai semua pic tu ada kat blog ni.. huhu..

Bye~

Welcome Back!!!

Welcome back to myself!!!

Lamanya tinggalkan blog ni. Dah usang pun. Semak samun pun dah tebal. hehe..

Banyak yg berlaku selama ni.
Dah kawen.
Dah ade anak.
Penah jadi fulltime housewife.
Dah kembali bekerja.
Mungkin akan kembali menjadi housewife semula.

Actually password blog ni pun dah lupa.. hewhewhew..

Nak create post pun dah lupa. Pendek kata semua dah lupa.
Memang nak kena refresh balik otak ni.

Ni just permulaan untuk kembali menulis. Hopefully akan berterusan menulis.
Banyak isi hati yang nak diluahkan. hehe..

Rasanya perlu belajar untuk update blog guna mobile.
Macam mana eh??
Hmmm.. takpe2.. kita cari pelan pelan..

So thats all for now.
Nanti kita cerita macam-macam lagi.

Bye~