December 16, 2009

My Baby ----> Grace

Hellloooo.......

Lama tak update. Actually byk nk update tapi btul2 takde masa. Ni suma penangan FYP. Sampai nyaris2 aku konfius adakah aku ni manusia ataupun panda (sbb mata aku dh itam coz tiap2 mlm tak tido). uwaaaaa!!!!

Ni kucing aku. Grace nama diberi. Grace ni poyo nk mampus. hoho!!!

Kat bawah ni suma gambar aksi2 dia masa kat umah mojo dan umah aku. Macam2 pesen. haihhh...

Nanti aku update lg cite2 last week. Ni kita bagi panas2 badan dulu (omputih kata warming up). hehe!!




later~

December 03, 2009

Lain orang lain pepatah

"Malu bertanya sesat jalan."

Ini yang aku amalkan kalau nak cari jalan. Lebih spesifik lagi mencari tempat yang aku tak pernah tau kat mana.

Tadi ni aku ade la nak mencari stokis AVON kat melaka. Aku ade dengar pasal promotion dapat masuk membership free. So aku ni teruja la nk join kan. Kate pun benda free. Bukan nak rugi ape pun. Nanti kot2 aku nk beli pape barang dari AVON kan senang. Dapat gak diskaun kan.

Actually tadi aku teman mojo gi servis keta die. So alang2 dah kat area town tu, aku pun terpikir la nkgi stokis Avon tu. So demi nk menjimatkan minyak keta, aku telah pun bertanye kat cik Google sebelum keluar tadi. Dalam perjalanan, untuk mengconfirmkan lagi alamatnya, aku minta la pertolongan En Saiful untuk maklumat area stokis Avon yang terdekat dengan aku.

Setelah diteliti alamatnye hasil dari pemberian En Saiful, sah memang aku taktau kat mana tempat tu walaupun alamat itu dalam rumi. Oleh kerana aku sudah berada di luar dan telefon bimbit aku hanya sehingga teknologi bluetooth, MMS pun kejap jadi kejap tak, maka aku telefon kepada En Saiful sekali lagi meminta tolong dia untuk men-google nombor telefon stokis AVON Taman Cempaka, Peringgit.

Setelah mendapat angka yg boleh didail, aku pun mencuba untuk telefon menggunakan telefon mojo yg mana kredit panggilannya lebih dari aku, satu lagi penjimatan disitu. Efisyen sungguh aku rasa keputusan aku hari ni. Mojo bagaikan tak kesah sgt walaupun jangka hayat kredit panggilannya lebih pendek dari nyawa ikan.

Setelah mencuba sebanyak 3 kali, telefon pun diangkat. Aku pun mengeluarkan ayat2 yang telah diatur didalam kepala. Aku ingin menyatakan hasrat untuk mengetahui di mana kedudukan stokis AVON berkenaan dan mengharapkan mendapat panduan jalan dari sesiapa yg mengangkat gagang telefon di sebelah sana. Berikut adalah salinan perbualan yang berlaku:

AVON: Avon cempakaa....(nada customer service yg ayu kerana memakai produk AVON)

Aku: Hello...sy nak tanya, kat mane eh stokis Taman Cempaka ni?...(belum sempat aku habis bercakap, dia dah membalas)

AVON: YA ALLAHHHH!!!!....tak tahu kat mana Taman Cempaka???(nada bertukar kepada nada makcik yang berbual hal duniawi dengan jiran sebelah)

Aku: SAYA BUKAN ORG MELAKA YEE....!!(nada ku bertukar bersesuaian dengan keadaan)

AVON: Oh ye ke.. tahu tak Bank Islam depan Melaka Sentral?...kita kat sebelah tu je (nada suara kembali kepada pengguna AVON yg ayu)

Aku sememangnya tak pernah tahu dimana Taman Cempaka, lalu aku pun membuatlah panggillan tersebut untuk bertanyakan lokasinya. Customer service berkenaan ingat aku ni suka2 ke nak telefon dan bertanya tentang apa yg aku dah tahu.

Kesimpulan yang aku dapat dari kejadian tu, mungkin customer service tu mengamalkan pepatah Melayu, "Sudah gaharu, chendana pula...Sudah tahu, bertanya pula". Kalo customer service ni menjadi kawan aku dan datang meziarahi aku yg sedang menjemur kain, pasti dia akan bertanya "Tgh jemur kain ke?"...atau pun terserempak di pasar semasa aku sedang pilih ikan, pasti dia akan tanya "Tgh pilih ikan ke?".

Giloo...

December 02, 2009

Tetibe

Dalam aku tgh byk keja ni, aku tetibe jek rajin nak update lak. gler!!! haha!!

Aku tengah serabut ni so tengah hari td aku sempat jek masak daging panggang. Lepas gak hajat nk makan daging panggang. hehe!! Pastu aku klam kabut balik buat esemen. adehhh!!!

Sekarang ni tengah buat fyp. Tetibe jek aku jadik malas dah nak hadap fyp ni. Bleh tak tetibe aku jadik malas. Adoiiii.... cane aku nak buat ni. Aku rasa aku malas nk buat fyp maybe sebab aku dh bosan kot sebab masih tak abes2 baca journal. huhu!!!

Sekarang ni aku nk tido dengan harapan bila aku bangun jek nanti tetibe fyp aku dh siap. (*nampak sangat aku dah mereng)

Okla, nak tido dah...

later~

Huru Hara...

Hari ni dah hari rabu. Esok khamis, lusa jumaat, pastu sabtu, ahad lak, isnin blk, pastu selasa....arghhhh!!!!! im running out of time!!!!

I'm Totally Swamped With A Lot Of Work!!!!!

Emosi aku memang sesuatu jek skrg ni. Keje byk wei. Fyp lagi. !@#$%^&& arghhhh!!!! Supposedly semalam da submit my part utk esemen kat vincent. tp my part masih tak lengkap. demmit. Susah gler nk cari info. Sori vincent...huhuhu!!! I'll try to give u my part by today. huhu!!

Semalam biha datang melaka. She'll stay here until this friday. So semalam kitorang keluar makan ramai2 n gi nonton muvi cite "The Twilight Saga: New Moon" kat Dataran Pahlawan. (*memang btul2 nk mampus aku ni, dlm byk gler keje, aku kuar gak gi tgk wyg. ni suma hasutan setan...huhu!!)


Ok gakla cite ni. Malas nk komen pepanjang. Tapikan............encem2 belaka la...hahahaha!!! (*mojo tetap puntianak plg encem..haha!!). Aku rasa klakar gak cite ni sebab bila part beowulf je mesti dierg pakai sluar pendek tanpa baju. hahaha!!!!

B4 tgk wayang semlm kitorang plan nk makan dulu kat Zen. Tp dah nk tutup lak. So kitorang decide nk mkn kat Station Kopitiam kat sebelah Daiso tu. Haa...ada kejadian yg berlaku kat situ semalam. Memang aku emosi gler. Dhla emosi aku mmg tak stabil kan. urghhhh!!!

Masa sampai jek kat dpn kopitiam tu, aku tanye la tutup kul bape kan. Mula2 die ckp kul 11, pastu die ckp kul 10 lak. Masa tu baru jam 9.20 camtu so sempat la. lgpun muvi kitorang start pukul 10.10. Mamat yg serve kitorang ni bangla.

Then masa amek order tu, aku nkla order lala sambal n nasi putih. Pastu tau tak die bleh ckp pe kat aku. Ni aku nk tulis conversation aku n mamat bangla tu.

*Aku = A
*Mamat Bangla = B

A: nak nasi putih 1 dengan lala ni (sambil tunjuk pic kat menu tu)

B: itu lambat la mau masak. 20 minit ooo. nanti kawan2 u kena tunggu u makan. (bleh tak die ckp camtu. cam sial kan. kalo ko taknak buat, ko ckp la dh abes ke, tak sempat nak masak ke sbb kedai dh nk tutup atau papela yg sopan..huh).

A: takpela, tak jadi order la. Malas nk makan. (sambil aku tarik muka masam gler + muka bengang tahap cipan n masih ngomel2 sebab bengang)

B: Okla okla, u order la itu lala. U pun dah marah2 ni. Mau tak order ini lala. (gaya sora cuak2 takut aku baling krusi kot *poyo*)

A: heh, takmau la.

B: Order la. Sempat masak ni. 10 minit saja i masak untuk u. (wahhh....td ko ckp 20 minit, ni 10 minit lak. Bleh lak ko men tawar menawar dgn aku psl time ek. ntah2 lala tu tak masak lak. huh!!!)

A: aku takmau la. (sambil aku dh buat sora abes menyampah sebab dh bosan dgn org yg tak phm bahasa)

So mamat bangla tu pun amek lak order dari kwn2 aku yg lain. mojo order nasi goreng, mega koeteow, biha nasi n tomyam, reen order bihun n roti bakar. pastu biha ckp air untuk reen kitorg nk order kemudian sebab reen masih on da way ke situ. then mamat tu ckp ok. tp b4 die blah, die masih gak pujuk aku suh order lala tu. gler!!!

Makanan mojo, mega n reen sampai dulu. Tp makanan biha dkt 30 minit baru sampai ok. Roti bakar lak sampai ke sudah tak sampai. pastu masa reen sampai tu, die nak order air. masa tu baru pukul 9.45. Mamat bangla tu bleh ckp yg die dah tak amek order padahal kitorang dh inform td. Mmg cam sial. So terpaksa la kitorang syer2 air. Aku lak syer makanan dgn mojo.

Sebelum blk dr kopitiam tu, aku panggil la supervisor dierang n aku membebel la psl servis dierag. tp lg menyakitkan ati. Sbb aku tgk supervisor die tu pun sesuatu. aku rasa org myanmar kot. pastu asek say "sori" jek. bosan....

Pasni mmg aku takkan jejak lagi kat "STATION KOPITIAM" kat Dataran Pahlawan 1st floor tu. dan aku takkan rekomen kat sesape pun tempat tu. SERVIS YANG SANGAT TERUK!!!

later~

December 01, 2009

After raya haji....

Arini tetibe jek rasa nak update. Dah lama tak update kan. huhu!!!

Orang lain suma dok sebuk cite pasal raya aji dierang, meh cni aku citer kisah pas raya aji lak. hehe!! (*poyo jek aku ni)

Raya aritu aku balik kampung. Aku balik dengan bertimbun esemen dan kepala yang sarat dengan pemikiran pasal esemen dan fyp jer. Sangat2 tak best. urghhhh!!!!

Raya yg sangat meriah. Penuh umah aku. Mak aku buat bihun sup n sup gear box. 1 periuk besar gler. Ade lima kaki lembu (*setelah dipotong akan menjadi byk part). Banyak gler weiii. Aku sorang jek makan sampai 5. Pastu trus migrain. Hahaha!!!(*padan muka aku).

Petang lak kitorang buat sesi membakar kek ramai2. Suma sebab ade tepung lebih. Pastu aku dicabar lak untuk membuat kek sebab aku memang fail skek pasal buat kek ni. Kek mak aku siap dulu. Tapikan kek aku lagi sedap. wahhhhh vangga disitu (*tak kesahla walaupon tepung segera asalkan kek aku sedap...dush). hahaha!!!!

Owh, entry kali ni takde gambar yer sebab aku tak charge kamera aku. hehe!!! pastu aku tak sentuh langsung baju kurung. Hanya tracksuit dan jeans sahaja. So tak perlu la aku nk posing bergambar bagai. hoho!!!

Pastu ari ahad aku dh blk melaka. Tp disebabkan jem truk, perjalanan yang sepatutnya aku sampai petang kat kl, aku sampai pukul 12 mlm. Memang aku emosi habes... arghhh!!!!

Pastu gi umah mojo dulu sebab nak amek barang2 die untuk balik melaka. Then mojo ajak makan laksa sekali. Mama mojo yang buat. Sedap sgt... aku ske laksa tu sbb die takde cili2 yg besar or biji cili dan tulang ikan pun takde. Memang laksa penang yg sedap.

Pasni ingt nk buat laksa la. Dulu masa dok kat maluri aku penah buat laksa. Tapi sekarang dah lupa. Nanti nk mintak resepi dari mama mojo la. (*itupun kalo aku tak segan...hehe!!!)

Balik melaka malam tu, ita tumpang aku. Kitorang sampai melaka dah dekat pukul 3 pagi. So hari ahad tu seharian aku dalam keta jek. Bosan gler. Memang tak produktive langsung. Grrrrr.....

later~