December 16, 2009

My Baby ----> Grace

Hellloooo.......

Lama tak update. Actually byk nk update tapi btul2 takde masa. Ni suma penangan FYP. Sampai nyaris2 aku konfius adakah aku ni manusia ataupun panda (sbb mata aku dh itam coz tiap2 mlm tak tido). uwaaaaa!!!!

Ni kucing aku. Grace nama diberi. Grace ni poyo nk mampus. hoho!!!

Kat bawah ni suma gambar aksi2 dia masa kat umah mojo dan umah aku. Macam2 pesen. haihhh...

Nanti aku update lg cite2 last week. Ni kita bagi panas2 badan dulu (omputih kata warming up). hehe!!




later~

December 03, 2009

Lain orang lain pepatah

"Malu bertanya sesat jalan."

Ini yang aku amalkan kalau nak cari jalan. Lebih spesifik lagi mencari tempat yang aku tak pernah tau kat mana.

Tadi ni aku ade la nak mencari stokis AVON kat melaka. Aku ade dengar pasal promotion dapat masuk membership free. So aku ni teruja la nk join kan. Kate pun benda free. Bukan nak rugi ape pun. Nanti kot2 aku nk beli pape barang dari AVON kan senang. Dapat gak diskaun kan.

Actually tadi aku teman mojo gi servis keta die. So alang2 dah kat area town tu, aku pun terpikir la nkgi stokis Avon tu. So demi nk menjimatkan minyak keta, aku telah pun bertanye kat cik Google sebelum keluar tadi. Dalam perjalanan, untuk mengconfirmkan lagi alamatnya, aku minta la pertolongan En Saiful untuk maklumat area stokis Avon yang terdekat dengan aku.

Setelah diteliti alamatnye hasil dari pemberian En Saiful, sah memang aku taktau kat mana tempat tu walaupun alamat itu dalam rumi. Oleh kerana aku sudah berada di luar dan telefon bimbit aku hanya sehingga teknologi bluetooth, MMS pun kejap jadi kejap tak, maka aku telefon kepada En Saiful sekali lagi meminta tolong dia untuk men-google nombor telefon stokis AVON Taman Cempaka, Peringgit.

Setelah mendapat angka yg boleh didail, aku pun mencuba untuk telefon menggunakan telefon mojo yg mana kredit panggilannya lebih dari aku, satu lagi penjimatan disitu. Efisyen sungguh aku rasa keputusan aku hari ni. Mojo bagaikan tak kesah sgt walaupun jangka hayat kredit panggilannya lebih pendek dari nyawa ikan.

Setelah mencuba sebanyak 3 kali, telefon pun diangkat. Aku pun mengeluarkan ayat2 yang telah diatur didalam kepala. Aku ingin menyatakan hasrat untuk mengetahui di mana kedudukan stokis AVON berkenaan dan mengharapkan mendapat panduan jalan dari sesiapa yg mengangkat gagang telefon di sebelah sana. Berikut adalah salinan perbualan yang berlaku:

AVON: Avon cempakaa....(nada customer service yg ayu kerana memakai produk AVON)

Aku: Hello...sy nak tanya, kat mane eh stokis Taman Cempaka ni?...(belum sempat aku habis bercakap, dia dah membalas)

AVON: YA ALLAHHHH!!!!....tak tahu kat mana Taman Cempaka???(nada bertukar kepada nada makcik yang berbual hal duniawi dengan jiran sebelah)

Aku: SAYA BUKAN ORG MELAKA YEE....!!(nada ku bertukar bersesuaian dengan keadaan)

AVON: Oh ye ke.. tahu tak Bank Islam depan Melaka Sentral?...kita kat sebelah tu je (nada suara kembali kepada pengguna AVON yg ayu)

Aku sememangnya tak pernah tahu dimana Taman Cempaka, lalu aku pun membuatlah panggillan tersebut untuk bertanyakan lokasinya. Customer service berkenaan ingat aku ni suka2 ke nak telefon dan bertanya tentang apa yg aku dah tahu.

Kesimpulan yang aku dapat dari kejadian tu, mungkin customer service tu mengamalkan pepatah Melayu, "Sudah gaharu, chendana pula...Sudah tahu, bertanya pula". Kalo customer service ni menjadi kawan aku dan datang meziarahi aku yg sedang menjemur kain, pasti dia akan bertanya "Tgh jemur kain ke?"...atau pun terserempak di pasar semasa aku sedang pilih ikan, pasti dia akan tanya "Tgh pilih ikan ke?".

Giloo...

December 02, 2009

Tetibe

Dalam aku tgh byk keja ni, aku tetibe jek rajin nak update lak. gler!!! haha!!

Aku tengah serabut ni so tengah hari td aku sempat jek masak daging panggang. Lepas gak hajat nk makan daging panggang. hehe!! Pastu aku klam kabut balik buat esemen. adehhh!!!

Sekarang ni tengah buat fyp. Tetibe jek aku jadik malas dah nak hadap fyp ni. Bleh tak tetibe aku jadik malas. Adoiiii.... cane aku nak buat ni. Aku rasa aku malas nk buat fyp maybe sebab aku dh bosan kot sebab masih tak abes2 baca journal. huhu!!!

Sekarang ni aku nk tido dengan harapan bila aku bangun jek nanti tetibe fyp aku dh siap. (*nampak sangat aku dah mereng)

Okla, nak tido dah...

later~

Huru Hara...

Hari ni dah hari rabu. Esok khamis, lusa jumaat, pastu sabtu, ahad lak, isnin blk, pastu selasa....arghhhh!!!!! im running out of time!!!!

I'm Totally Swamped With A Lot Of Work!!!!!

Emosi aku memang sesuatu jek skrg ni. Keje byk wei. Fyp lagi. !@#$%^&& arghhhh!!!! Supposedly semalam da submit my part utk esemen kat vincent. tp my part masih tak lengkap. demmit. Susah gler nk cari info. Sori vincent...huhuhu!!! I'll try to give u my part by today. huhu!!

Semalam biha datang melaka. She'll stay here until this friday. So semalam kitorang keluar makan ramai2 n gi nonton muvi cite "The Twilight Saga: New Moon" kat Dataran Pahlawan. (*memang btul2 nk mampus aku ni, dlm byk gler keje, aku kuar gak gi tgk wyg. ni suma hasutan setan...huhu!!)


Ok gakla cite ni. Malas nk komen pepanjang. Tapikan............encem2 belaka la...hahahaha!!! (*mojo tetap puntianak plg encem..haha!!). Aku rasa klakar gak cite ni sebab bila part beowulf je mesti dierg pakai sluar pendek tanpa baju. hahaha!!!!

B4 tgk wayang semlm kitorang plan nk makan dulu kat Zen. Tp dah nk tutup lak. So kitorang decide nk mkn kat Station Kopitiam kat sebelah Daiso tu. Haa...ada kejadian yg berlaku kat situ semalam. Memang aku emosi gler. Dhla emosi aku mmg tak stabil kan. urghhhh!!!

Masa sampai jek kat dpn kopitiam tu, aku tanye la tutup kul bape kan. Mula2 die ckp kul 11, pastu die ckp kul 10 lak. Masa tu baru jam 9.20 camtu so sempat la. lgpun muvi kitorang start pukul 10.10. Mamat yg serve kitorang ni bangla.

Then masa amek order tu, aku nkla order lala sambal n nasi putih. Pastu tau tak die bleh ckp pe kat aku. Ni aku nk tulis conversation aku n mamat bangla tu.

*Aku = A
*Mamat Bangla = B

A: nak nasi putih 1 dengan lala ni (sambil tunjuk pic kat menu tu)

B: itu lambat la mau masak. 20 minit ooo. nanti kawan2 u kena tunggu u makan. (bleh tak die ckp camtu. cam sial kan. kalo ko taknak buat, ko ckp la dh abes ke, tak sempat nak masak ke sbb kedai dh nk tutup atau papela yg sopan..huh).

A: takpela, tak jadi order la. Malas nk makan. (sambil aku tarik muka masam gler + muka bengang tahap cipan n masih ngomel2 sebab bengang)

B: Okla okla, u order la itu lala. U pun dah marah2 ni. Mau tak order ini lala. (gaya sora cuak2 takut aku baling krusi kot *poyo*)

A: heh, takmau la.

B: Order la. Sempat masak ni. 10 minit saja i masak untuk u. (wahhh....td ko ckp 20 minit, ni 10 minit lak. Bleh lak ko men tawar menawar dgn aku psl time ek. ntah2 lala tu tak masak lak. huh!!!)

A: aku takmau la. (sambil aku dh buat sora abes menyampah sebab dh bosan dgn org yg tak phm bahasa)

So mamat bangla tu pun amek lak order dari kwn2 aku yg lain. mojo order nasi goreng, mega koeteow, biha nasi n tomyam, reen order bihun n roti bakar. pastu biha ckp air untuk reen kitorg nk order kemudian sebab reen masih on da way ke situ. then mamat tu ckp ok. tp b4 die blah, die masih gak pujuk aku suh order lala tu. gler!!!

Makanan mojo, mega n reen sampai dulu. Tp makanan biha dkt 30 minit baru sampai ok. Roti bakar lak sampai ke sudah tak sampai. pastu masa reen sampai tu, die nak order air. masa tu baru pukul 9.45. Mamat bangla tu bleh ckp yg die dah tak amek order padahal kitorang dh inform td. Mmg cam sial. So terpaksa la kitorang syer2 air. Aku lak syer makanan dgn mojo.

Sebelum blk dr kopitiam tu, aku panggil la supervisor dierang n aku membebel la psl servis dierag. tp lg menyakitkan ati. Sbb aku tgk supervisor die tu pun sesuatu. aku rasa org myanmar kot. pastu asek say "sori" jek. bosan....

Pasni mmg aku takkan jejak lagi kat "STATION KOPITIAM" kat Dataran Pahlawan 1st floor tu. dan aku takkan rekomen kat sesape pun tempat tu. SERVIS YANG SANGAT TERUK!!!

later~

December 01, 2009

After raya haji....

Arini tetibe jek rasa nak update. Dah lama tak update kan. huhu!!!

Orang lain suma dok sebuk cite pasal raya aji dierang, meh cni aku citer kisah pas raya aji lak. hehe!! (*poyo jek aku ni)

Raya aritu aku balik kampung. Aku balik dengan bertimbun esemen dan kepala yang sarat dengan pemikiran pasal esemen dan fyp jer. Sangat2 tak best. urghhhh!!!!

Raya yg sangat meriah. Penuh umah aku. Mak aku buat bihun sup n sup gear box. 1 periuk besar gler. Ade lima kaki lembu (*setelah dipotong akan menjadi byk part). Banyak gler weiii. Aku sorang jek makan sampai 5. Pastu trus migrain. Hahaha!!!(*padan muka aku).

Petang lak kitorang buat sesi membakar kek ramai2. Suma sebab ade tepung lebih. Pastu aku dicabar lak untuk membuat kek sebab aku memang fail skek pasal buat kek ni. Kek mak aku siap dulu. Tapikan kek aku lagi sedap. wahhhhh vangga disitu (*tak kesahla walaupon tepung segera asalkan kek aku sedap...dush). hahaha!!!!

Owh, entry kali ni takde gambar yer sebab aku tak charge kamera aku. hehe!!! pastu aku tak sentuh langsung baju kurung. Hanya tracksuit dan jeans sahaja. So tak perlu la aku nk posing bergambar bagai. hoho!!!

Pastu ari ahad aku dh blk melaka. Tp disebabkan jem truk, perjalanan yang sepatutnya aku sampai petang kat kl, aku sampai pukul 12 mlm. Memang aku emosi habes... arghhh!!!!

Pastu gi umah mojo dulu sebab nak amek barang2 die untuk balik melaka. Then mojo ajak makan laksa sekali. Mama mojo yang buat. Sedap sgt... aku ske laksa tu sbb die takde cili2 yg besar or biji cili dan tulang ikan pun takde. Memang laksa penang yg sedap.

Pasni ingt nk buat laksa la. Dulu masa dok kat maluri aku penah buat laksa. Tapi sekarang dah lupa. Nanti nk mintak resepi dari mama mojo la. (*itupun kalo aku tak segan...hehe!!!)

Balik melaka malam tu, ita tumpang aku. Kitorang sampai melaka dah dekat pukul 3 pagi. So hari ahad tu seharian aku dalam keta jek. Bosan gler. Memang tak produktive langsung. Grrrrr.....

later~

November 24, 2009

Bantuan kecemasan yang macam !@#$%^&*

!@#$%^&*%$#@!^&#%&#$#@!@&%$#@*&^%$$%&@#!!!!!!

okey...dah abes maki dh... so dh bleh citer dah... kang kalo tak maki dulu kang, nanti aku tulis, aku asek mencarut je kang. malas aku nk mencarut byk2 kat sini. buat kurang pahala jek. huh!!!

Aritu kat last entry aku ade cakap nak buat brownies kan masa wekend. Nan hadoooo nyer aku buat. Sebab hari sabtu dan ahad aritu adalah hari yang sangat mencemaskan, mendebarkan, menyakitkan, menyedihkan dan hampir meroyankan aku.

Meh sini aku nak citer...

Hari sabtu aritu, kucing aku hilang. Dia hilang masa subuh. Aku tau dia hilang masa subuh sebab setiap malam dia tido dalam bilik aku. Subuh aku akan lepas dia keluar bilik untuk die gi toilet die. Bila aku bangun je pagi tu, tengok2 die dah takde. Merata aku cari. Pastu aku kol mojo bagitau kucing aku hilang. Then mojo datang umah aku n kitorang cari sesame. Tengok2 kucing aku ade terperangkap atas bumbung. Umah aku ni umah teres berkembar 2 tingkat. So tinggi la bumbung tu kan. Lebih kurang camni la bentuk bumbung umah aku.

*pic googled*

Umah aku kat tengah2, kucing aku lak dok kat atas bumbung yg kat tepi tu. Jauh la kan dia dh merantau. Yang kucing aku ni pun gedik. Nak gak panjat kuar bumbung ikut tingkap. Pastu tak reti nak turun sendri. huh!!

Pastu petang tu ujan lebat gler. Kat atas bumbung tu mana ade tempat berlindung kan. So lencun la kucing aku kat situ. Masa ni aku dah menangis dah. Yela, kucing aku tu manja, gemuk, kuat makan pastu tak tahan sejuk. tido dengan aku pun, aku selimut tau. Ni dah kena ujan lak. Aku dengar je sora die dok panggil2. Nampak sangat die takut gler. Dahla seharian tak makan. huhu!!! Kitorang nak panjat takleh sebab tinggi gler dan takde tangga yg tinggi. haihhh!!!

Pastu aku terpikir nak kol kecemasan. Then aku kol la. Pastu operator tu cakap kalo kes nak selamatkan kucing, dia akan sambungkan ke "Pertahanan Awam". So aku pun disambungkan la ke "Pertahanan Awam" tu.

Pastu aku pun cite la kat org "Pertahanan Awam" tu ape yg jadi kat kucing aku n situasi dia. So dierang mintak nama aku, ic dan no telefon aku. Dierang cakap dierang akan kol untuk follow up balik. Tapi sampai senja dierang takde buat ape2 follow up pun. Aku assume maybe dierang lupa. Lgpun kucing aku dh makin lemah n aku riso die demam sebab die kena ujan lebat. 2 kali ujan lak tu.

Senja tu aku kol balik kecemasan utk 2nd time. Dierang sambung balik aku ke "Pertahanan Awam" tu. Aku baru je tanye nape takde follow up, die trus je ckp nanti akan kol aku balik n follow up dgn aku. Cakap lak tergesa gesa. Suara stok malas nak layan. Memang hanjjjjj gler. So aku pun ckp dengan serius n suruh balik die ulang nama aku n no telefon aku. Lama ok die dok cari balik no telepon aku nk ulang balik kat aku. Cam sial kan.

So sebab "Pertahanan Awam" tu lembap nk mampus nk dtg, mojo pun nekad gak nk panjat bumbung tu. Memandangkan takde tangga yg panjang, so kitorang tepaksa mintak izin kat jiran kitorang untuk keluar dari tingkap bilik atas die. Jiran kitorg ni lak, umah die sebelah umah yg lg menjauh dari tempat kucing aku tu. Sebab hanya rumah die je yg grill tingkap bilik atas yg bleh bukak. Rumah lain grill tingkap bilik atas takleh bukak. Masa mojo panjat tu, aku dh tak sedap hati dah. Riso gler. Tp mojo susah nk gerak ke arah kucing aku sebab bumbung yg berlubang n retak. Pastu agak licin. Tetibe mojo nyaris2 nk tergelincir. Aku suruh turun tp mojo degil. Aku dah nangis2 suh die turun baru die nk turun. Masa tu sora kucing aku makin lemah n aku dh pasrah je kalo pape jadi kat kucing aku tu.

"Pertahanan Awam" tu takder follow up langsung ok. Malam tu aku takleh tido. Aku dok pkir kucing aku jek n dok tunggu siang jek. Mojo lak asyik meronda jek dpn umah tengok kucing tu. Tapi dh tak nampak dan tak dengar lg sora die. So kitorang assume maybe die tido.

Hari ahad tu, pagi2 lagi aku dh kuar panggil2 kucing aku. Tapi dh tak nampak dan tak dengar sora die. Aku dh riso gler masa tu. Aku dah terpikir kucing aku sakit n dah tak larat nak bangun. Sebab die kalo demam, memang nampak sangat tak larat.

Then tengah hari tu mojo lak yg telepon kecemasan. Still kecemasan tu sambungkan gak ke "Pertahanan Awam". Orang "Pertahanan Awam" tu still cakap akan follow up. Masa ni mojo cool jek, still sabar lagi. Mojo just ckp je yg semalam kitorg dah kol dah. N dierg ckp akan semak balik dan arrange anggota untuk kes ni. Ayat yg sama lg macam semalam. Tp still sampai petang, tak jugak datang ataupun kol kitorang. Masa ni kesabaran aku memang dah ke laut. Yela, dahla kucing aku pun dh tak nampak bayang, sora pun dah tak dengar lagi dh.

Then dalam pukul 6 mcm tu aku kol balik kecemasan. Aku ckp la kat dierang yg "Pertahanan Awam" ni takde pun amek ape2 tindakan. Ni dah kali ke 4 aku tpon kecemasan. tp die still gak nk try skali lg sambungkan aku ke 'Pertahanan Awam'. Tp yg cam sial nyer, "Pertahanan Awam" ni tak angkat tpon. 3 kali die try sambung tp tak angkat fon. Maybe line die sebuk kot. Tula yg operator kecemasan tu ckp kat aku.

Masa ni mmg aku dh angin 1 badan. Trus la aku ngamuk. Aku ckp la yg aku nk buat aduan psl ni. Psl service yg mcam taik, psl takder follow up suma ni la kan. Macam sgt kurang ajar dierg ni. So operator tu pun amek la report aku. Then die try sambungkan aku lagi skali. Kali ni baru dierg angkat. Aku baru je nk bukak mulut nk bagi sepatah 2 kata, mojo dh rampas fon aku. Die riso aku kuar ayat2 best lak nanti. So mojo la yg bercakap dgn "Pertahanan Awam" tu. Dierg bgtau mojo yg anggota dierg dh on da way ke umah aku.

Mojo pesan suh aku dok jauh2 skek bila dierang sampai nanti. Die riso aku ngamuk. Tp aku ikut jugak. Pastu dierang sampai jek, trus sorang tu maybe ketua die kot marah2 kat mojo. Marah sebab nape kol banyak kali n nape buat aduan suma pasal dierang lambat datang. Aku tgk masa tu mojo sabar jek. Aku mmg dah panas. Yela, 2 hari buat aduan baru ko nk datang. Aku memang dh bercekak pinggang kat situ. Aku dok usha jek sampai ade sorang ni dh prasan yg aku marah gler. Mulut aku pun dh terherot herot nk kuar ayat karangan yg aku dok simpan je nih. Mojo mcm tau jek yg aku nk bersuara pastu die jeling n bagi signal suh aku diam. huh!!

Tau tak die ckp pe kat mojo. Die ckp semlm takleh datang sebab anggota yang bertugas suma pompuan (*pdhal masa kol semlm ko ckp lain), pastu dierang ada kes lg penting mcm ada ular masuk umah, eksiden, antar org gi spital (*yg ni aku phm la tp korang bleh kan follow up, takdela kitorang tertunggu tunggu n berharap). Yang paling takleh blah bila dierg ckp kat mojo dierang buat benda ni sukarela n takde gaji, just di bayar elaun rm4 sejam. Weiiiii....kalo ko rasa ko takleh tolong, ko just inform je masa aku kol korang. Takdela aku dok tunggu korang datang. Bleh jek aku usahakan cara lain. Macam gi beli tangga yg tinggi tu ke ataupun panggil buruh2 kontrak tu dtg panjat bumbung ke ape ke.

Buat pe ko nk mention pasal ko sukarela n dpt rm4 sejam tu suma. So kalo ko dpt rm4 sejam, ko kena dok goyang kaki je ek. Tunggu kes2 yg best2 baru pegi. Aku tau la ni just kucing jek sbb tu korang buat tak kesah jek. Kucing tu bukan benda yg bernyawa ke, bukan makhluk ciptaan Allah SWT ke.

Pastu cara dierg ckp kat mojo dgn guna nada suara tinggi. F*** ah. Ko ingt tu adek2 ko ke. Aku tengok mojo sabar jek n jawab balik dgn sopan tp menggunakan ayat2 yg pedih. Sampai orang tu yg segan blk n trus arahkan anak2 buah die panjat bumbung.

Tapi still dok bising yg takde dengar bunyi kucing n macam berat ati nk panjat. Semlm masa kucing aku dok terjonggol kepala kat bumbung tu, ko taknak datang. Arini ko sebuk nk komplen lak. !@#$%^&*!!!.

Tapi memang sampai sudah dierang tak jumpe kucing aku. Pastu bila dierang balik je mlm tu, mojo kol suh aku keluar sbb die macam dengar kucing aku panggil. Sekali btul, kucing aku masih ade kat bumbung tu. wehhhh....tadi "pertahanan awam" tu cari cane!!! Cari pakai pala lutut kot!!!

Sekali kucing aku dh xder kat atas bumbung. Rupanye die dh termasuk dalam siling n terperangkap kat situ. Kali ni mojo nekad nk panjat sendri gak. Dah takleh nk harap kat bantuan kecemasan lagi. So kitorag mintak permission dari owner umah tu nk masuk n panjat siling die. Lama gak la mojo dalam siling tu, pastu dapat gak amek kucing aku tu. Abes luka2 badan mojo. Masa ni aku dh nangis2 dh. Sebab sedih tgk mojo luka pastu campur hepi kucing aku selamat. Tp keadaan kucing aku ni agak lemah dan kotor gler. Tp masa ni aku bersyukur sgt2. Jiran2 aku suma sporting gler. Kawan2 aku pun suma bg semangat kat kitorg. Malam tu jugak mojo mandikan kucing aku bg bersih.

Hari isnin kitorang bawak kucing aku ni gi klinik haiwan. Alhamdulillah...suma ok. Kucing aku sehat cuma berat badan kurang maybe sebab tak makan 2 hari.

p/s: kejadian ni hanya di refer pada bantuan kecemasan kat tempat aku. tempat lain aku taktau cane.

p/s: pasni dh malas dh aku nk panggil bantuan kecemasan dari "pertahanan awam" lg. Panggil je polis ke, bomba ke. Senang sbb dierg di bayar gaji n bukan sukarela.

November 18, 2009

Bosan...

Sekarang ni tengah bosan. Nak buat ape pun taktau. Nak stadi dah macam malas. huhu!!

Wekend ni ai nak buat "brownies kukus". hehe!! Resepi ai dah jumpe.

So darlink, please take note k. Tolong teman ai pegi beli bahan2 nak buat brownies ni. Nanti u gak yang makan banyak. haha!!

p/s: japgi lagi aku ade midterm, tapi aku bleh lak dok cari resepi. haihhh!!! nilah bahayanye bila lecturer buat soklan midterm kena jawab true @ false je. so anak murid akan pandang sebelah mata...adoi!!!

later~

November 17, 2009

Cubit-cubitan

Dah lama dok dlm draft, so arini aku publish jek. hehe!!!

Penah tengok tak muvi ni. Uishhhh, aku minat gler cite ni dulu. Sedih gler... Ni cite lama ni, masa aku tgk cite ni, aku skolah rendah rasanye. Tajuk cite ni "Cubit-cubitan". Die cite muzikal.

Dulu2 masa aku kecik2, maklang aku memang kaki sewa video tape. hehe!! So aku la peneman setia dia tengok hampir semua video yg dia sewa. Maklang aku ni adik mak aku. Dia memang tinggal dengan mak aku lepas je nenek aku meninggal. Sampai sekarang ni pun nak gak buat rumah sebelah rumah mak aku. Memang dah takleh berenggang agaknye. Sekarang ni pun kalo nakgi memane, dierg mesti nakgi sesame. Nak buat papepun mesti nak buat sesame gak. haihhh!! Tapi aku suke tengok dierg, at least mak aku takde la bosan kalo anak2 takde. Eh, lari topik lak. hehe!!

Kita sambung balik pasal cite "cubit-cubitan" ni. Aku cite ikut ape yang aku masih ingat je k. Ade gak aku try cari muvi ni nak donlod tp tak jumpe la. huhu!!

Cite ni mengisahkan sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan sepasang anak. Yang sulung pompuan, yang bongsu lelaki. Satu ari, ayah dierg dapat tawaran untuk naik pangkat dan kena pindah ke ibukota. So si ayah ni pegi la dulu. Tak lama lepas tu, isteri dan anak2 die pun menyusul la. Sampai jek kat umah ayah die, skali tengok pompuan lain yang bukak pintu. Rupanya tu isteri baru ayah die. Yang si ayah ni bleh plak buat2 tak kenal anak bini sendri. Pastu dierg ni pun sampai la ke area rumah setinggan sbb dah kena halau kan. So nak cari tempat berteduh la. Pastu mak dierg ni sakit lak. Nak beli ubat takde duit. So Dierg 2 beradik tu pun pegi la balik umah bapak dierg ni sebab nak mintak bantuan nak beli ubat. Tp bapak dierg ni sgt2 kurang ajar, siap lepaskan anjing lagi untuk halau anak2 sendri (*part ni serius geram gler). Pastu terpaksa la 2 beradik ni menyanyi kat jalanan untuk cari duit.
Balik jek rumah dierg pas dh beli ubat, skali umah setinggan yg dierg tumpang tu terbakar lak. Pastu jumpe lak mayat dalam rumah tu. So dierg ingt tu la mak dierg dan dierg assume mak dierg dah meninggal. (*sedih wooo part ni...sob..sob..)
Then ade la sorang pakcik ni baik ati bela dierg. Rupa-rupanye mak dierg tak meninggal pun. Panjang lagi ni cite die. Kita pendekkan je ek.
Pastu mak dierang jd penyanyi terkenal, then dapat la jumpe balik anak2 die. Manakala si bapak ni dh jatuh miskin. Yela, bini muda dah kikis harta abes kan. Pastu die pun menyesal n cari balik anak bini die. So setelah ade adegan pujuk memujuk, rayu merayu, so dierg pun baik la balik dan bersatu la balik sebagai sebuah keluarga. Then hepi ending......Macam tu la cite die.

Lagu2 dalam cite ni lagu dangdut. So aku pun terminat la dangdut sebab cite ni. haha!! Eh, actually aku layan je pape jenis lagu pun. Asalkan sedap n telinga aku tahan nak dengar..:p

Kat bawah ni, aku tunjuk lagu2 yg ade dalam muvi ni. Aku plg ske lagu zakiah2 tu. hehe!! Tpkan lagu tema filem ni iaitu lagu "cubit-cubitan" aku tak jumpe la plak.

So enjoy.....






later~

Triffle..

Ni nak citer pasal triffle lak...

Ni la gambar triffle hasil dari googled...

Lepas jek tengok muvi, trus shoot gi tesco. Cari kek span, fruit cocktail n bahan2 untuk buat triffle yang lain la. Sambil tu beli gak skali barang2 basah untuk masak nanti. Pusing2 dekat sejam gak la nk cari barang2 pun. (*tesco mcm tak best jek skrg ni sbb mcm tak tersusun & byk brg basah takde stok). Skali whip cream takde lak. Terpaksala gi jusco lak. huh!! Nasib baik la mojo melayan jek. Sebab die yang nak makan kan. haha!!

Balik je umah, trus buat triffle. uhh...semangat + excited. 1st time nak buat kan. Haruslah semangat lebih. hehe!! Resepi dapat hasil dari googled. Macam biasa la kan..haha!!

Pastu dah siap, kena la simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknye baru leh makan ye...
Yang klakarnye, mojo asek sms je malam tu tanya pasal dah leh makan triffle ke belom. haihhh!!!

Petang esoknye triffle pun dihidangkan. Aku ajak osmet aku join makan skali.

ni la rupa triffle yg aku buat
*pandangan dari sisi*

*pandangan dari depan*
(sila abaikan buih2 kat whip cream tu ye...aku pakai whip cream yg segera dlm botol tu sbb umah aku xder mesir pemutar ye..haha!!)



*Ni lak gambar sebelum dan selepas pinggan mojo..hehe!!*


Mojo cakap sedap cuma kena kurangkan manis skek (*aku kembang disitu sbb kena puji..he...). Die bagi 4/5 star. ok la tu. Mojo makan tambah. Suker.....

Osmet aku cakap sedap gak...die bagi 4.5/5 star. Suker gak... Nampak sangat mojo kedekut bintang..huhu!!

Malam tu lak, aku masak tomyam & telur dadar. Satu periuk besar aku masak. Senang, suma orang bleh makan kan. Osmet aku suker btul kalo aku masak tomyam. hehe!! Pastu bagi kat mojo dan kawan2 die makan lagi. Malam tu ulang lagi makan triffle ramai2 lepas makan nasi. So sangatla kenyang..alhamdulillah....;)

2012

Ni nak update pasal muvi baru tengok wekend aritu.

Start dari hari khamis tu, hari-hari dan setiap ketika mojo dok berzikir je kat telinga ni ajak tengok cite 2012 ni. Haihh...aku ade exam la on saturday. So aku pun cakap la untuk tengok je ari khamis tu tapi tiket full house lak. Jumaat memang takleh la kan. Nak stadi la (*xstadi pun...hehe). So we all decide nak tengok ari sabtu tu lepas aku abes exam. Tapi penuh lagi... So kitorang beli tiket siap siap untuk ari ahad.

So ari ahad kitorang dapat gak tengok cite ni... Aku bgn awal then masak pastu bagi kat mojo. Aku suh die makan kenyang kenyang sebab aku tau mojo mesti akan lapar je masa tengok muvi..haha!! Kalo tak, nanti die asek nak kuar masuk je, mula2 beli popcorn, pastu nk beli coklat lak...macam2. Pastu die akan start tanye apa yg jadi masa dia takde. adoiiii.....



Cite ni best sangat. Macam ade pelbagai kesedaran. Tapikan...panjang sangat la. Aku rasa sebab terlampau panjang, macam ade longgar skek jalan cite die. Tak mampat sangat. Overall aku bagi la 4/5 star. Tupun sebab hepi ending gak. haha!! Yang pasti part2 yg dia buat bumi musnah tu kan, dgn tsunami bagai sangat2 real. wahhh, sukernyer...syok2!!

Balik jer dari tengok muvi, trus ajak mojo gi tesco pastu gi JJ. Nak beli bahan2 nak buat triffle. Nanti aku cite lak pasal triffle tu. Aku jaja gambar skali. hehe!!!

later~

November 11, 2009

Steambot

Ni aku nk citer kisah steambot lak.
Masa tu aku baru jek blk melaka lepas abes cuti. Ma
sa cuti tu aku ade la gi mkn kat umah best fren aku (Zihan) kat perlis. Mak die buat steambot. Uishhh sedap gler. Masalahnyer skrg ni, aku bukan jek setakat teruja dgn kesedapan steambot tu tp teruja dgn periuk steambot tu skali. haha!!

Ye aku mmg seorg yg sgt teruja dgn pinggan mangkuk, periuk belanga n brg2 dapur. Dh byk gak yg aku beli. Ade la gak koleksi aku. Pasni kalo kawen senang, xyah nk klam kabut sgt nk beli byk brg. Hoho!! (*part ni mojo slalu bising, die suruh aku jgn jadik makcik2 sgt...cisss)


So blk je kat melaka, aku kol Zihan tanye kat mane leh cari periuk steambot mcm tu. Aku pun gedik2 la kat mojo ajak gi beli periuk tu. See...truk kan prangai aku. haha!! Blk jek dari beli periuk tu, aku trus masak steambot. Aku ajak osmet aku join mkn skali. Rasa steambot aku ni okla. Sedap la jugak. Aku buat kuah tomyam. Kenapa aku buat kuah tomyam??? Sbb aku mmg suke mkn tomyam n aku ade resepi tomyam aku sendri yakni aku bleh buat pes tomyam aku sendri (*ayat poyo disitu). hehe!!


Ni la rupa steambot yg aku buat utk 1st time nyer menggunakan periuk baru. hehe!!

Nampak sedap tak??? hoho!!

Nanti aku cite lg psl masakan2 aku yg lain.

Later~

Dangg!!

Saje je aku cilok mojo nyer title. haha!!
Td aku google la meaning "Dangg!!" ni, skali kuar salah satu nama tempat kat Gujarat India. Houihhh...biar btul cinta hatiku ni. Takkan kot die pilih title blog die sbb tetarik dgn tempat kat India ni kan. So aku pun tanye la die, ghupenyer "Dangg!!" ni mojo dpt dr citer napoleon dynamite. haha!!

Skrng ni penyakit kaki n demam aku masih berjalan. Pastu selsema lagik. Uhh tak bestnyer.

Pasni aku nk tayang koleksi gambar2 percintaan aku lak kat cni. hehe!! Tp kena tunggu aku btul2 ada mood dulu la. Phm2 la kan betapa bosannyer kalo nk menunggu utk load gambar. Kena plak time2 ujan ni, uishhhh tetibe jek aku jd sayang gler kat streamyx ni. Phm tak maksud aku ni..hoh!!

Later~

November 10, 2009

Sangap....

Kaki aku ni dh seminggu kebas n xrase pape. Pastu dh 3 hari aku demam. So sgt xbest. Riso gler sebenarnye tp tetap jugak wat bodo. Mojo dh bising2 suh aku gi spital tp gua cuak la beb. Kang kena suntik ke, kena potong ke, uhhh....sgt menakutkan. Klinik aku dh gi tp doktor tu mcm tak konfiden jek. Ade ke doktor tu bleh xtau aku sakit ape, then die suke2 jek ckp aku ade masalah dgn otak aku. cis, cis dan cis.... Sbnarnye die nk ckpkan yg aku ade masalah dgn nerve aku. Tp bleh plak die salah guna ayat. haih.... Pastu masa nk bg ubat ape kat aku pun, punya la lama dia pkir. haha!!

Tp esok aku kena gak gi spital. Dh makin truk kaki aku ni. Nk jln pun dh susah, apatah lg nk drive. Dh byk hari aku tak drive cik putih aku tu. Sian kat die. Mesti die rindukan belaian aku. hehe!!

Mlm ni aku sangap gler. Fyp tak sentuh lg. Lusa dh ade workshop. Adoiii....matila aku. Bosan la camni. Hurmmm...aku kena cari blk semangat ni. Chaiyok2!!!

Later~

November 07, 2009

Movie

Aktiviti aku blk melaka ni selain dr pegi kelas adalah menonton wyg. hehe!! Aku n Mojo adalah sgt2 kaki wyg. Meh cni aku nk citer ape yg dh aku tgk.


Papadom


Cite ni sgt2 la best. Pandai Afdlin cari idea. Masa tgh tgk cite ni, Mojo asek dok berzikir jek kat telinga aku ckp lapo2. Suma sbb nasi kandar n papadom dlm cite ni. Last2 dh xthn sgt, Mojo trus kuar kejap gi beli coklat. haha!! Aku ske sgt watak2 dlm citer ni. Ayat yg plg best "jgn emosi sgt dgn tanah tu"(btul kot mcm ni ayat die). Tp yg pasti masa ending cite ni aku nangis masa part liyana jasmay buat video psl ayah die. sedih oooo......



Cloudy With a Chance of Meatball


Cite ni pun ok gak. B4 masuk tgk cite ni, Mojo dh ckp kat aku suh aku mkn kenyang2 sbb cite ni byk psl makanan. Tp aku ckp nk beli hotdog 1901 nk bwk masuk. Owh lupa nk bgtau aku tgk cite ni kat MBO cinema. MBO adalah melarang makanan dr luar ye. Tp aku pedulik ape, tetap jugak aku seludup makanan dari luar. hahaha!!!



Law Abiding Citizen


Cite ni best gak. Cite mcm mana seorg mamat ni nk tegakkan keadilan utk anak n wife die. Die sorg yg sgt tactical. Tp ending die mcm xpuas ati skek la. huhu!!



Inglorious Basterds



Cite ni lak Mojo yg bersungguh sungguh ajak aku tgk. Aku pun follow jelah. Hurmm... ok la cite ni. Aku suke style Brad Pitt dlm cite ni. Rasa cam sial jek. haha!!



Pisau Cukur



Cite ni aku tgk masa ari 1st tayangan die. Uishhh....best gler. Yg xleh blah bila part fazura melatah, abes suma jenama die sebut. haha!! cth: Owh my Dior, Owh my Prada, Owh my Gucci n etc. Kalo sesape yg blom gi tgk tu, aku suggest korg gi tgk cite ni. Sgt2 panas...Ouch!!


Later~

October 26, 2009

Melaka...

Akhirnye aku blk ke melaka semula. Sedih gler kena berpisah dgn family aku especially Irsyad Mikhael (nama ni tunang aku a.k.a Mr Mojo yg setkan ejaan die). Anak sedara aku yg sgt2 cute n manja. huhu!! 4 bulan aku kat perlis, 4 bulan jugak la aku jaga die. Slalu tdo dgn aku. Pagi2 sebelum aku gi keja, mesti aku layan die dulu, buat susu etc. Umur die 10 bln tp cerdik n aktif sgt. Ptg2 bila blk keja, aku mesti layan die dulu, bwk die lepak2 tepi sawah n mlm2 preparekan die utk tdo. Penat aku gi keja pun ilang bila layan die.

Masa dlm keta blk melaka pun aku sedih sgt. Serius aku rindu Irsyad. Nasib baik la supupu aku n tunang aku (Mr Mojo) ade skali. Owh, Mr Mojo dtg perlis utk amek aku n keta aku blk melaka. hehe!!

Sampai kl, singgah umah sepupu aku dulu drop die. Then singgah umah Mojo kat bangi amek brg2 die. Masa ni aku dh weng abes. Dgn letih menahan prasaan, dgn sakit pala lg. huhu!! So aku tdo jek.

Then sampai melaka pukul brape aku dh xingt dh. Brg2 pun aku just biarkan je dlm keta. Esoknye baru aku kuarkan.

So...here i am. Back in melaka...and i become a student again...uhuk uhuk!!

Later~

October 01, 2009

Last Day at CIMA

Semlm last day aku praktikal kat CIMA. Serius sedih gler. Aku sgtla best praktikal kat sana. Byk experienced yg aku dpt. Dierg suma layan aku sama mcm pekerja biasa dierg. Sedihnyerrr...huhu!!!

Last day aku, department aku ade buat kenduri perpisahan n sesi bg adiah kat aku. Then aku kena lg bg ucapan kan. Bleh plak aku termenangis masa bg ucapan tu. Heh, spoil btul la. Tp serius mmg best la moment tu. Keje pun xbuat sgt aritu. Asek mkn jek. hehe!!

Aku dpt adiah coklat n brg2 ape tah lg. Tp yg plg best dpt shawl kaler purple. Cantik sgt... Suke2!!

Pasni aku xkan lupakn dierg suma kat sana. Aku akan slalu contact dgn dierg.

Later~

September 25, 2009

Alhamdulillah...

Pertunangan aku pun dh selamat di jalankan. Semuanya berjalan lancar walaupun ade benda2 kecik yg jadik. Adatla kan, mesti la xsemua perfect. Tul x..

Meh kita cite start dari pagi hari kejadian.
Kebetulan ari pertunangan aku ni tersama la plak dgn best fren aku Zihan.
So pagi2 lagi aku pegi melawat umah
die dulu, yela nanti kan aku dh xleh gi. N mlmnye die lak dtg umah aku. Then aku runner lak gi umah maksu aku utk gi amek hantaran yg dh siap. Pastu maksu aku leh lak inform aku yg sireh n bunga idup xder utk sireh junjung. Wahhh, cemas disitu. Tp setelah kehulu kehilir akhirnye ade gak sireh. Owh, kejadian ini berlaku tanpa aku mandi ye. haha!! Selambe jek aku round satu perlis dgn xmandi. hoh!!

Then blk umah tgk2 org yg nk settlekan pelamin dh sampai. Skali tgk die hias pelamin guna bunga lily kaler pink, adehhhh... Mak order kaler putih nok... Rupanye kaler putih xder stock. huh!! Nasib baik yg kaler pink ni murah skek. So jimat dsitu. *phewww*. Cpat btul die hias pelamin. Xsampai sejam dh siap.

Ini la rupa pelamin itu

Rombongan pihak lelaki lak sampai terlalu awal..huhu!! Janji pukul 2 tp kul 12 sudah sampai. Oh, carca marba disitu. hoho!! Aku lak baru jek lepas mandi masa tu n maksu n kakak aku lak baru nk siapkan baki hantaran. Owh, sgt rasa mcm nk pitam. haha!! So rombongan pihak lelaki terpaksala menunggu selama 2 jam sebelum majlis bermula. hehe!!

Yg lawak lg, slalu kalo kita gi meman
e majlis meminang mesti kite berbincang dulu baru mkn kan, tp utk majlis aku ni dh terbalik lak. Dierg mkn dulu. Suma sbb dierg sampai awal n preparation masih berjalan n tetamu ada yg blom sampai lg. haha!!

So kita biar gambar lak bercerita k..

Anak sedara aku yg merab (Irsyad Mikhael)


Masa ni rombongan pihak lelaki kena transit kat umah maklang aku sbb sampai awal. Yg perempuan kat dlm umah, lelaki kat khemah


Hantaran dari kedua pihak


Sesi sarung cincin fr my FMIL

p/s: byk lg gambar yg aku nk letak tp lembab gler loading. Nanti bila aku ade mood aku letak lg la.

later~

September 21, 2009

Raya....

Raya tahun ni mcm biasa la...bgn pagi, mandi, gi semayang (xpegi pun...hehe), pegi kubur, mkn, tgk tv, tdo dan mcm2 lg....

Tp thn ni sedih skek sbb baju raya ade yg rosak n ade yg xsempat siap. Baju yg rosak tu mahal weiiii... Arghhhh!!!! Bleh plak die salah jahit jd kecik gler baju tu. Dhla baju tu kaler tema family aku.. uwaaaa!!!

Xpe2 kita lupakan psl benda xbest tu. Selama 26 thn aku idup ni, br thn ni aku tau rupanya today besday aku (ni pun mojo yg bgtau). haha!! Rupanye aku dilahirkan 2 Syawal... Wahhh.... teruja nehhhh... hehe!!

Esok lak aku akan ditunangkan dgn jejaka pilihan keluarga yg aku xkenal (*tipuuu). Dh bertahun kami berkawan n dh 2 thn family die merisik aku. Tpkan...aku sgt2 serabut skrg ni...sbb byk benda xsiap lg. Hantaran pun baru buat 2 jenis.. haha!! Xpe2 aku cool jek. Adeh, poyo disitu. Padahal aku tdo jek bila dtg mood aku malas nk pkir. huhu!!

Arini org dtg pasang khemah, antar brg2 pelamin n brg2 nk masak. Parent n family aku nmpk bz sgt. Dierg nmpk btul2 excited tp aku mcm biasa la adalah tdo. haha!! Xderla aku sekejam n semalas tu. Aku wat keja gak hokey....

Actually aku wat pelamin bukan sbb pe, sbb aku mmg xhias bilik. So budget utk hiasan bilik aku melabur la ke pelamin. Pelamin aku ni idea sendri tau (hasil aku dok google masa boring)..Wahhh, bangga disitu. hehe!! Aku pakai 100% fresh flower. Sampai ke daun n ranting pun nk yg fresh gak.. Aku pakai bunga favourite aku iaitu semestinye bunga lily.. Mahal hokey bunga lily ni.. tp pejam mata jer...huhu!! Sbb ape aku pejam mata psl harga bunga ni, sbb aku yg gedik ni pegi order dulu bunga ni pastu bila dh konfem baru tepikir nk tanya harga. hahaha!!! bodo disitu...*dush dush*

Okla, nanti pas selamat majlis tunang, aku cite ape jadik ek n aku letak skali pic pelamin. hehe!!

Later~

June 01, 2009

My 1st day....

Berabuk lg blog aku ni...haha!!!
Gler pemalas aku ni.. Nk hapdet pun kena tunggu berkurun. haizzzz...

Today ari 1st aku melapor diri utk industrial training aku kat CIMA. Hari 1st pun aku dh lambat.. haha!! Ape nk jd dgn aku ni... tp xpe, ari 1st kan bgla can skek.

So far department aku adalah best... haha!! Tp ari 1st lagi keje dh kena buat. Xpe2 ini utk masa depan...

Anyway, aku bersyukur sgt sbb dpt company ni. Pertama sbb dkt kmpg aku...Kedua sbb dpt elaun...itu yg penting...keh keh keh!!!

Tu jelah kot nk cite arini

later~

January 03, 2009

I'm back

Akhirnye aku bukak balik blog yg dh berabuk ni. dh masuk tahun baru pun. haih....busy btul la. Alhamdulillah suma 8 paper yg aku amek sem lepas, aku lulus semua. I'm very proud of myself. hehe!!

Tahun baru ni aku ade byk azam baru tp xtau la bleh capai ke x. Suma azam aku mcm poyo2 jek. haha!! Dulik la... Lagi 3 hari dh nk final exam utk sem ni. Still mcm xprepare pape pun. Ntahla...tetiap sem aku mcm ni...tp bila final, ok la plak.

Owh, td pegi dataran pahlawan... pastu singgah ZEN mkn dessert die. Sangat2 sedap...

Hurmmm.... tula je kot nk cite kali ni. Tetibe rasa malas la plak... hehe!!

later~