January 07, 2014

Pengalaman Bersalin di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi (Part 1)

Salam~

Kali ni nak kongsi pengalaman aku bersalin kat Hospital An-Nur Bangi.
Actually before bersalin kat sini, aku banyak gak survey hospital lain.
Tapi aku pilih Hospital An-Nur kerana beberapa sebab.

Yang pertama, harganya tidak terlalu mahal.
Yang kedua, dekat dengan rumah aku.
Yang ketiga, memang aku mencari hospital untuk bersalin yang ada ciri ciri Islamic.
Yang keempat, aku nakkan doctor perempuan. (penting nih sbb ai kan pemalu.. hehe)

So setelah berbincang dengan Mojo, so kitorang decide untuk pilih An-Nur.

Monthly checkup aku buat kat dua tempat.
6 bulan pertama, aku checkup di Poliklinik UKM Bangi dengan doctor Fadzilah.
Best giler doctor ni. Explanation dia memang puas hati dan dia sangat sabar melayan banyak giler pertanyaan Mojo. haha...
Mojo memang suka mengkaji and ambik tau semua pasal pregnancy aku. Sepanjang aku mengandung, Mojo tak penah terlepas untuk follow aku buat checkup.
Dia sentiasa ada kat sisi aku. Aku beruntung sebab Mojo memang betul ambil berat pasal aku.

Masuk je bulan ke 6, aku dh start buat monthly checkup kat An-Nur.
Asalnya nak buat 3 kali checkup je utk melayakkan diri dapat harga pakej bersalin.
Tetapi aku ade masalah kesihatan sikit. HB aku terlalu rendah.
So terpaksa teruskan checkup kat An-Nur je.
Tapi checkup kat Poliklinik UKM pun aku masih teruskan.
Aku selang seli checkup antara Poliklinik UKM dengan An-Nur untuk penjimatan. hehe..

Kat An-Nur aku pilih Doctor Khamsiah.
Aku rasa aku membuat pilihan yang tepat memilih Doc Khamsiah.
Memang puas hati sangat dengan servis Doc Khamsiah ni.
Sampai aku cakap kat Mojo if ade rezeki untuk anak kedua, aku nak Doc Khamsiah gak. hehe...

28/03/2013...
Mak aku dah sampai sehari awal untuk teman aku kat rumah. Actually date 28hb ni ialah hari EDD aku. Mojo pegi keje macam biasa pagi tu. Dalam pukul 11 tengah hari macam tu tetiba aku rasa nak terkencing. Pastu aku perasan ade tompok coklat kat panties aku. Tp sikit gler tompok tu. Macam ade takde je.. hehe..
Aku trus tanya mak aku. Mak aku lak terus gelabah macam aku dah nak beranak masa tu jugak.. haha..
Mak aku terus klam kabut mandi konon macam nak rushing pegi spital.. sampai cari towel pun tak jumpa.. kekekeke...
Aku lak rasa macam confuse macam betul ke aku dah nak beranak nih.. yela sebab aku tak rasa sakit pun..
Pastu aku call spital An-Nur tanya if aku perlu pergi ke tak. Nurse yang pickup phone aku terus menjerit cemas suruh aku ke spital secepat mungkin.
Pastu aku trus call Mojo untuk inform yang ade tompok coklat kat panties aku.
Mojo yang gelabah terus kelam kabut balik rumah nak bawak aku gi spital. Pastu boleh pulak dia pegi inform mentua aku yang aku tumpah darah. Kat kawan kawan rapat pun dia inform tumpah darah.
Actually dia nak mention turun darah tapi gelabah punya pasal terus jadi tumpah darah. hahaha...

Tengah hari tu aku, mojo dengan mak pegi spital. Tak lama lepas tu mama pun sampai gak. Aku terus direfer masuk ke bilik bersalin untuk check bukaan.
Bukaan aku dah 2 cm rupanya. Aku mintak untuk balik rumah dulu tapi tak dibenarkan sebab dah turun darah dan bukaan dah 2cm.
So kenala check in dulu.

Mula mula aku amek bilik twin sharing tapi kemudian tukar ke single room sebab Mojo nak stay dengan aku.
Sepanjang aku stay kat ward, aku tak rasa sakit langsung. Contraction pun tak rasa langsung, so aku ingat maybe bukaan masih lagi 2cm.

Rupanya tekaan aku salah...

*bersambung ke Part 2

1 comment:

misz sheyla said...

cepat update ye...ingat nak amek pakej dekat annur jugak... kalau boleh gitau harga sekali..