December 03, 2009

Lain orang lain pepatah

"Malu bertanya sesat jalan."

Ini yang aku amalkan kalau nak cari jalan. Lebih spesifik lagi mencari tempat yang aku tak pernah tau kat mana.

Tadi ni aku ade la nak mencari stokis AVON kat melaka. Aku ade dengar pasal promotion dapat masuk membership free. So aku ni teruja la nk join kan. Kate pun benda free. Bukan nak rugi ape pun. Nanti kot2 aku nk beli pape barang dari AVON kan senang. Dapat gak diskaun kan.

Actually tadi aku teman mojo gi servis keta die. So alang2 dah kat area town tu, aku pun terpikir la nkgi stokis Avon tu. So demi nk menjimatkan minyak keta, aku telah pun bertanye kat cik Google sebelum keluar tadi. Dalam perjalanan, untuk mengconfirmkan lagi alamatnya, aku minta la pertolongan En Saiful untuk maklumat area stokis Avon yang terdekat dengan aku.

Setelah diteliti alamatnye hasil dari pemberian En Saiful, sah memang aku taktau kat mana tempat tu walaupun alamat itu dalam rumi. Oleh kerana aku sudah berada di luar dan telefon bimbit aku hanya sehingga teknologi bluetooth, MMS pun kejap jadi kejap tak, maka aku telefon kepada En Saiful sekali lagi meminta tolong dia untuk men-google nombor telefon stokis AVON Taman Cempaka, Peringgit.

Setelah mendapat angka yg boleh didail, aku pun mencuba untuk telefon menggunakan telefon mojo yg mana kredit panggilannya lebih dari aku, satu lagi penjimatan disitu. Efisyen sungguh aku rasa keputusan aku hari ni. Mojo bagaikan tak kesah sgt walaupun jangka hayat kredit panggilannya lebih pendek dari nyawa ikan.

Setelah mencuba sebanyak 3 kali, telefon pun diangkat. Aku pun mengeluarkan ayat2 yang telah diatur didalam kepala. Aku ingin menyatakan hasrat untuk mengetahui di mana kedudukan stokis AVON berkenaan dan mengharapkan mendapat panduan jalan dari sesiapa yg mengangkat gagang telefon di sebelah sana. Berikut adalah salinan perbualan yang berlaku:

AVON: Avon cempakaa....(nada customer service yg ayu kerana memakai produk AVON)

Aku: Hello...sy nak tanya, kat mane eh stokis Taman Cempaka ni?...(belum sempat aku habis bercakap, dia dah membalas)

AVON: YA ALLAHHHH!!!!....tak tahu kat mana Taman Cempaka???(nada bertukar kepada nada makcik yang berbual hal duniawi dengan jiran sebelah)

Aku: SAYA BUKAN ORG MELAKA YEE....!!(nada ku bertukar bersesuaian dengan keadaan)

AVON: Oh ye ke.. tahu tak Bank Islam depan Melaka Sentral?...kita kat sebelah tu je (nada suara kembali kepada pengguna AVON yg ayu)

Aku sememangnya tak pernah tahu dimana Taman Cempaka, lalu aku pun membuatlah panggillan tersebut untuk bertanyakan lokasinya. Customer service berkenaan ingat aku ni suka2 ke nak telefon dan bertanya tentang apa yg aku dah tahu.

Kesimpulan yang aku dapat dari kejadian tu, mungkin customer service tu mengamalkan pepatah Melayu, "Sudah gaharu, chendana pula...Sudah tahu, bertanya pula". Kalo customer service ni menjadi kawan aku dan datang meziarahi aku yg sedang menjemur kain, pasti dia akan bertanya "Tgh jemur kain ke?"...atau pun terserempak di pasar semasa aku sedang pilih ikan, pasti dia akan tanya "Tgh pilih ikan ke?".

Giloo...

2 comments:

mart gee said...

ni selalu dok p param tmn chempaka tu apa?chait..param = pasar ramadhan

Little Dazz said...

haha!! mana nk pi tau tang tu nama tmn cempaka. Aku dok panggil tu param depan MC. Aku nk kena pi beli peta melaka ni. huhuh!!